Wednesday 21 May 2014

Tawaran Baru Pengetua ( NEW DEALS )




SMK PINAWANTAI KUDAT , 20 Mei 2014 (Selasa) : Seramai 4 orang jemaah Nazir telah datang ke sekolah jam 7.00 pagi tadi bagi menilai Tawaran Baru Pengetua ( New Deals ) untuk tahun 2013.
Kehadiran mereka telah disambut ceria oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada  Tuan Pengetua, En. Rozlan bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Marasun Mongingkap, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Lamsudi Sarnika dan Penolong Kanan Tingkatan 6 (PRA-U), En. Wellson bin Magusun.
Terlebih dahulu Ketua Jemaah Nazir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Pengetua kerana dicalonkan untuk Tawaran Baru Pengetua bagi Tahun 2013.
Dalam penilaian tersebut, Tuan pengetua telah membentangkan mengenai profil sekolah iaitu tentang akademik, Hal Ehwal Pelajar, Kokurikulum, serta operasi sekolah dan banyak lagi.
Semoga kejayaan ini bukan hanya terpancar di wajah pelajar sahaja malah kepada pengurusan sekolah serta semua guru dan kakitangan.














SUDUT INFO


APA ITU NEW DEALS

Ganjaran Kepada Guru Besar / Pengetua.
•      Penilaian  Ke atas Guru Besar / Pengetua Dilakukan Pada Penghujung Pusingan Tahun Penilaian Semasa Setelah Keputusan UPSR Diumumkan & Markah   SKPM Di Isi Ke Dalam Portal Oleh Guru Besar – PENILAIAN BERMULA TAHUN 2010
•          PENCAPAIAN Guru Besar DIUKUR SEBAGAI SKOR KOMPOSIT
•          SKOR GPS (70%) + SKOR SKPM (30%)
•          Guru Besar  BERKHIDMAT DI SEKOLAH BERKENAAN  MELEBIHI 6 BULAN
•          SEKOLAH LAYAK DINILAI DAN MELALUI SARINGAN APABILA;
•          SKOR KOMPOSIT LEBIH 84% (Kategori 1)
•          RANKING LONJAKAN SEBANYAK 2050 (Kategori 2)
•          BEZA SKOR KOMPOSIT – 6.33 (Kategori 3)
•          Verifikasi Ke Atas  Sekolah Berjaya Saringan  Berdasarkan  Portal Nkra- Tawaran Baru  Akan Di Lawati Oleh
•          Nazir
•          Bahagian Audit Sekolah
•          Jpn/Ppd
•          (sjk&panel lnpt negeri)
•          SYARAT PERAKUAN  LAYAK TERIMA GANJARAN
Syarat Diperakukan Ganjaran Kepada Guru Besar                                            
•          Audit tanpa  berteguran (*pada tahun penilaian)
•          Guru Besar bebas tindakan tatatertib
•          lnpt Guru Besar melebih 90%
•          Pencapaian linus lebih 90% (bagi sek.84%)
•          Meningkat 50% dari  saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
•          Diperaku oleh jk panel penilai yg dipengerusikan oleh  Ksu Kpm.
•          Penilaian untuk tahun 2010.
•          Verifikasi untuk sekolah rendah akan bermula 6-18 januari 2011.
•          Pengumuman penerima ganjaran adalah pada 31 januari 2011.
•          Guru besar yang layak akan bersama guru-gurunya  menerima ganjaran tersebut dalam bulan januari/ februari 2011. * tarikh tertakluk kepada

Tiada Tawaran Baru Kepada
•          Guru Besar/ Pengetua baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian
•          Guru Besar/ Pengetua sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada  peperiksaan awam
•          Guru Besar/ Pengetua akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian
•         Guru Besar/ Pengetua tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.
Sekolah Layak Tapi Tanpa Guru Besar / Pengetua
•          Dengan syarat Guru Penolong Kanan menanggung kerja;
•          Guru Penolong Kanan tanggung kerja Guru Besar melebihi 6 bulan
•          Tawaran baru di beri kepada Guru Penolong Kanan tersebut
•          Ganjaran diberikan secara prorata (proportionate) bukan sepenuhnya.

Ganjaran Kepada Guru
•          Bagi sekolah yang GBnya mendapat ganjaran, guru-gurunya juga layak dipertimbangkan ganjaran dengan syarat:
•          Guru tersebut telah berkhidmat di sekolah itu melebihi 6 bulan.
•          Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik
•          Bebas daripada Tindakan Tatatertib.
•          Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dll.
•          Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan pada tahun penilaian.

Syarat Pemberian Tawaran Baru (New Deals)
TINDAKAN JPN/PPD  
  • JPN/PPD  mempengerusikan jawatankuasa Panel Penilai LNPT sekolah.
  • Urusetia : Unit Naik Pangkat SKPP,JPN.
  • Jawatankuasa Panel Penilai terdiri daripada:

Pengerusi : Pengarah / PPD
AJK : Ketua-ketua Sektor / Timbalan PPD
Guru Besar / Pengetua (bagi SM)
Guru Penolong Kanan 1
Guru Kanan Mata Pelajaran ( jika SM)
  • JPN diminta menghantar keputusan LNPT yang mengandungi keseluruhan senarai guru 5% dan guru 95% diperakukan untuk menerima ganjaran daripada sekolah yang berkaitan kepada  Urusetia Tawaran Baru Jemaah Nazir Jaminan Kualiti KPM dan salinan kepada Unit Naik Pangkat, BPSM,KPM sebelum 14 Januari 2011 (bagi sekolah layak pada tahun 2010).

Bentuk Ganjaran ( Tawaran Baru Guru Besar / Pengetua )
•          Ganjaran kewangan
•          Insentif khas berbentuk wang – diberikan setiap tahun kepada GB yang memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan.
•          Ganjaran GB RM7500, 5% LNPT tertinggi Guru RM1800 dan 95% Guru berikutnya RM900 .
•          Ganjaran bukan kewangan


Syabas dan tahniah!