Sunday 25 May 2014

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMK PINAWANTAI 2014


PERKHEMAHAN KOKURIKULUM  KALI 7/ 2014


TARIKH : 20-22 JUN 2014
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM DAERAH KUDAT









TAPAK PERKHEMAHAN








TENTATIF PERKHEMAHAN




ARAHAN KAWAD KAKI




                      PERATURAN PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMK PINAWANTAI KUDAT       20-22 JUN 2014

  • ·         Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
  • ·          Peserta Muslim diwajibkan mengerjakan solat berjemaah pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
  • ·         Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
  • ·         Menjaga segala peralatan yang disediakan, dilarang membawa telefon bimbit serta dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
  • ·         Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
  • ·         Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
  • ·         Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
  • ·         Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
  • ·         Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sopan tidak boleh memakai selipar semasa aktiviti perkhemahan.
  • ·         Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,selepas jam 11.30 tengah malam.
  • ·  Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
  • ·   Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
  • ·         Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
  • ·         Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
  • ·         Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
  • ·         Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
  • ·  Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
  • ·         Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
  • ·    Peratura-peraturan  lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.




SENARAI KEPERLUAN INDIVIDU / SUKARELAWAN / UNIT BERUNITFORM

1.       Yuran pendaftaran perkhemahan ( RM3 / per orang ).
2.      Beras -Pelajar bawa (4 cupak/ per orang)
3.      Telur -Pelajar bawa (3 biji  per orang)
4.      Sardin-Pelajar bawa (1 tin per/ orang)
5.      Sayur-Sayuran (ikut keperluan)
6.      Peralatan Memasak & Makanan / Pinggan/Sudu & Garfu /Gelas/ Besin /Mangkuk /
7.      Pakaian perkhemahan
-          Kasut & Selipar
-          Stokin
-          Baju T-shirt Unit Beruniform / T-Sukan (Secukupnya)
-          Track Bottom
-          Peralatan mandi
8.      Peralatan aktiviti
-Tali rafia (2 gulung setiap unit beruniform)
-Aktiviti malam kebudayaan ( ikut keperluan)
9. Borang kebenaran ibu bapa perlu serah pada 17 jun 2014 (Selasa)