PENGURUSAN KOKURIKULUM









EN. LAMSUDI BIN SARNIKA 
PK KOKURIKULUM
SMK PINAWANTAI KUDAT




KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid wajib melibatkan diri.  Kegiatan atau aktiviti boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.  Dengan kesedaran bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di dalam bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.


            Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPN).  Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

  • Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
  • Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
  • Mengukuhkan hubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam sekolah dan antara sekolah;
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi;
  • Membina dan meningkatkan disiplin murid;
  • Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan, dan
  • Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.


MISI UNIT KOKURIKULUM


Untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum,  warga sekolah bertekad:
  • Melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam kegiatan kokurikulum.
  • Membudayakan keazamanan untuk melakukan ’sehabis baik’ dalam semua kegiatan, aktiviti atau program.
  • Melaksanakan  sistem pengurusan kokurikulum yang telus, tulus dan saksama  serta berfokus.
  • Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif, yakni sihat, ceria dan selamat.
  • Memupuk permuafakatan dan hubungan harmoni dengan komuniti di luar sekolah.
  • Meluaskan dan memanfaatkan penggunaan ICT dalam pengurusan kokurikulum.

SENARAI PERSATUAN DAN KELAB
  1. Persatuan Bahasa Melayu dan Sastera
  2. Persatuan Bahasa Inggeris
  3. Persatuan Sains dan Matematik
  4. Perpis(Persatuan Pelajar Islam)
  5. Kelab Seni Halus dan Seni Visual
  6. Kelab Rakan Alam Sekitar
  7. Kelab Pengguna
  8. Kelab Komputer
  9. Kelab SPBT
  10. Kelab Seni/ Kebudayaan
  11. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
  12. Persatuan Sejarah/ Geografi
  13. Persatuan Kemahiran Hidup/ ERT
  14. Kelab Pend. Moral/ Sivik
  15. Kelab Muzik / Koir
  16. Pertena
  17. Pustakawan

                                               
SENARAI SUKAN & PERMAINAN 
  1. Kelab Bola Sepak / Futsal
  2. Kelab Bola Tampar
  3. Kelab Bola Jaring
  4. Kelab Sepak Takraw
  5. Kelab Olahraga
  6. Kelab Catur
  7. Kelab Ping Pong
  8. Kelab Badminton
  9. Kelab Bola Baling
  10. Kelab Hoki
  11. Kelab Sofbol

SENARAI UNIT BERUNIFORM 
  1. Kadet Remaja sekolah
  2. Pengakap
  3. kadet Pertahanan Awam
  4. St. John Ambulans
  5. Kadet Polis
  6. Taekwando