PENGURUSAN UNIT HEM





 PN. EILLEN PETRA FRANCIS 
 PK. HEM SMK PINAWANTAI KUDAT
(DG48)




UNIT HEM SMK PINAWANTAI KUDAT


Pengurusan Hal Ehwal Murid memberi tumpuan khusus kepada diri setiap pelajar dengan umumnya kepada guru, ibu bapa/penjaga dan agensi-agensi luar. Pengurusan ini menjurus kepada pembangunan diri setiap pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia sangat penting dalam usaha sekolah ini melahirkan insan  cemerlang yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.


MISI 

1 Pelajar cemerlang sahsiah dan siasah. 
2 Pelajar yang sentiasa bekerjasama dan bersedia menerima pendidikan. 

MATLAMAT 

  • Memupuk, menggalakkan dan menambahkan minat belajar kepada pelajar-pelajar.
  • Melahirkan generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab, berdikari dan mampu menghadapi cabaran hidup.
  • Memelihara masyarakat yang harmonis, bersatu padu, mendukung cita-cita Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Menekankan kepada aspek keceriaan sekolah, kebersihan sekolah, cintakan sekolah dan berbudi bahasa

ANTARA UNIT HEM :
  • ASRAMA
  • BIASISWA / KEWANGAN KHAS
  • KAMP
  • SLAD
  • PENCEGAHAN JENAYAH
  • 3K
  • KECERIAAN & KEBERSIHAN
  • KESELAMATAN / KEBAKARAN
  • KESIHATAN & KEBAJIKAN
  • DISPLIN
  • PENDAFTARAN
  • KANTIN 
  • RIMUP
  • SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
  • UNIT PENGKALAN DATA

Bidang Tugas: 
  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran / idea/ pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
  2. Merujukkan kepada Pengetua kes-kes disiplin yang berat sebelum tindakan sewajarnya ditentukan.
  3. Membincangkan masalah kebajikan pelajar dengan tujuan membimbing dan membantunya.
  4. Membimbing dan menerima pandangan dan cadangan dari kalangan pelajar guru serta ibu bapa / penjaga berkaitan Hal Ehwal disiplin pelajar.
  5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
  6. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat mengikut keperluan dan kesesuaiannya;
a. Mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes.
 b. Mesyuarat sidang penuh diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan      
yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan   
kepada peraturan sedia ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan 
kebajikan pelajar-pelajar. 
c. Mesyuarat sidang kes diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila    
pengerusi berpendapat bahawa sidang sedemikian perlu diadakan. Semua AJK dikehendaki    
hadir.