SEJARAH SMKPI







Penubuhan SMK Pinawantai (SMKPI) ini agak kompleks. SMKPI telah ditubuhkan lebih awal daripada SMK Sikuati iaitu pada 9 Februari 1987 dan hanya dibuka untuk kelas tingkatan 1 sahaja. Pada peringkat awal sekolah ini menumpang di SK Pinawantai. Apabila SMK Sikuati telah dibuka pada tahun 1992 SMKPI telah ditutup kerana semua pelajarnya telah dipindahkan ke SMK Sikuati.
    Namun desakan daripada masyarakat setempat untuk melihat anak-anak watan mereka terus mendapat ilmu, maka pada januari 1995 SMKPI telah dibuka semula sebagai cawangan SMK Sikuati dan dikenali sebagai SMK Sikuati (B). Salah satu faktor yang mendorong masyarakat setempat untuk membuka semula sekolah ini adalah berdasarkan kedudukan SMK Sikuati agak jauh dari kampung di bahagian pendalaman.
  
    Sekolah ini mula dikenali sebagai SMK Pinawantai pada 4 Januari 1999 dan tidak lagi menjadi cawangan SMK Sikuati, dan pada masa yang sama sekolah ini telah mendapat PTJ dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pinawantai, Kudat. Jumlah pelajar SMKPI ketika itu ialah 160 orang dan mempunyai 16 orang guru. Kod sekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia ialah XEA 5022.
  
    SMKPI terletak dalam bahagian Kudat mengikut pembahagian wilayah politik. Bahagian Kudat terbahagi kepada tiga daerah iaitu Kudat, kota Marudu dan Pitas. Jabatan Pelajaran Sabah telah menetapkan semua daerah diletakkan mengikut Gabungan mulai tahun 2004. Jarak SMKPI ke bandar Kudat aialah sejauh 46km. Dari Pekan Kota Marudu pula ialah sejauh 39km. Pekan Kecil Matunggong merupakan pekan yang terhampir kedudukannya dengan SMKPI.
  
    Bangunan baru mula diduduki pada 3 Januari 2005 dan mempunyai pelajar seramai 852 orang dan 39 orang guru dan 6 KTBM. SMKPI telah mendapat kelulusan menawarkan aliran sains pada 3 Januari 2005. Pada 17 Mei 2005 sekali lagi sekolah ini telah mendapat kelulusan untuk membuka kelas tingkatan enam rendah dan setakat ini sekolah telah membuka 2 kelas tingkatan 6 Rendah dan mempunyai 80 orang pelajar sebagai kumpulan sulung menduduki
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2006.

    Replika Gong terbesar diperingkat sekolah bersaiz 4.8 meter  telah berjaya disiapkan pada  26 September 2010 sebagai  Mercu tanda SMK Pinawantai, lambang kemegahan  warga SMK Pinawantai Kudat.