INFO TERKINI * Arahan * Makluman * Pemberitahuan * Pemberitaan *
Sunday, 2 August 2015
PELANCARAN MINGGU BIDANG KEMANUSIAAN
10:16
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIJALANKAN
SEPANJANG MINGGU BIDANG KEMANUSIAAN
BERMULA 3 HINGGA 28 OGOS 2015
( SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN )
KOKURIKULUM
09:52
PERJUMPAAN KOKURIKULUM
Tarikh : 29 Julai 2015
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Pengisian :
1. Taklimat Perkhemahan Pertandingan Kawad Kaki
2. Pemilihan peserta pertandingan kawad kaki dan latihan kawad kaki.
3. Pengenalan jurulatih kawad kaki PRA-U bagi pemantapan Unit beruniform
KESELAMATAN - JALAN RAYA
09:44
SEMINAR KESELAMATAN JALAN RAYA
TARIKH : 29 Julai 2015 (Rabu)
MASA : 10.00 pagi -1.20 petang
TEMPAT : Dewan Utama SMK Pinawantai Kudat
Sunday, 14 June 2015
KEJOHANAN MSS SMK PINAWANTAI DULU DAN KINI
02:21
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-7/2005
Di lokasi sekolah baru, SMK Pinawantai Kudat
dirasmikan oleh En. Raisin Saidin ( Pengetua SMKPI) |
Nyalaan Obor Kejohanan |
dulu kini dan selamanya... Cikgu. Wairin sentiasa positif sambil diperhatikan oleh Cikgu Jimis |
Bacaan Ikrar Kejohanan |
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-17/2015
SMK Pinawantai Kudat
MENYUSUL LAGI
BENDERA SMK PINAWANTAI KEMEGAHAN WARGA SMK PINAWANTAI
02:00
FAKTA UNIK..TAHUKAH ANDA ?
BENDERA SMK PINAWANTAI DAN EVOLUSINYA
Tahukah anda rupa bendera SMK Pinawantai sebelum tahun 2007, Visual 1 adalah bendera yang digunapakai SMK Pinawantai sehingga tahun 2007
visual 1 |
Pelancaran bendera SMK Pinawantai 18/09/2005 |
Bendera dalam Visual 2 adalah bendera yang digunakan SMK Pinawantai pada masa kini
visual 2 |
Perhimpunan Pagi (Rasmi) |
MENYUSUL LAGI
Saturday, 13 June 2015
ULANGTAHUN SMK PINAWANTAI KUDAT KALI KE-10 / 2005-2015
08:55
ULANGTAHUN SMK PINAWANTAI KUDAT KALI KE-10 ( 2005 - 2015 )
TAHUKAH ANDA ( Imbas Kembali )
Bangunan baru SMK Pinawantai Kudat mencecah usianya ke -10, pada 3 januari 2015 lalu. Sejarah bangunan ini mula diduduki pada 3 Januari 2005 dan mempunyai pelajar seramai 852 orang dan 39 orang guru dan 6 KTBM.
Wednesday, 19 November 2014
Sunday, 25 May 2014
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMK PINAWANTAI 2014
19:04
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM KALI 7/ 2014
TARIKH : 20-22 JUN 2014
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM DAERAH KUDAT
- AJK PERKHEMAHAN 2014 (klik disini untuk muat turun)
- TENTATIF PERKHEMAHAN (klik disini untuk muat turun)
- KERTAS KERJA PERKHEMAHAN (klik disini untuk muat turun)
TAPAK PERKHEMAHAN
ARAHAN KAWAD KAKI
PERATURAN PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMK PINAWANTAI KUDAT 20-22 JUN 2014
- · Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
- · Peserta Muslim diwajibkan mengerjakan solat berjemaah pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
- · Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
- · Menjaga segala peralatan yang disediakan, dilarang membawa telefon bimbit serta dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
- · Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
- · Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
- · Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
- · Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
- · Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sopan tidak boleh memakai selipar semasa aktiviti perkhemahan.
- · Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,selepas jam 11.30 tengah malam.
- · Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
- · Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
- · Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
- · Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
- · Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
- · Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
- · Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
- · Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
- · Peratura-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.
SENARAI KEPERLUAN INDIVIDU /
SUKARELAWAN / UNIT BERUNITFORM
1.
Yuran pendaftaran perkhemahan ( RM3 / per orang
).
2. Beras
-Pelajar bawa (4 cupak/ per orang)
3. Telur
-Pelajar bawa (3 biji per orang)
4. Sardin-Pelajar
bawa (1 tin per/ orang)
5. Sayur-Sayuran
(ikut keperluan)
6. Peralatan
Memasak & Makanan / Pinggan/Sudu & Garfu /Gelas/ Besin /Mangkuk /
7. Pakaian
perkhemahan
-
Kasut & Selipar
-
Stokin
-
Baju T-shirt Unit Beruniform / T-Sukan (Secukupnya)
-
Track Bottom
-
Peralatan mandi
8. Peralatan
aktiviti
-Tali rafia (2 gulung setiap unit beruniform)
-Aktiviti malam kebudayaan ( ikut keperluan)
9. Borang
kebenaran ibu bapa perlu serah pada 17 jun 2014 (Selasa)
Thursday, 22 May 2014
Wednesday, 21 May 2014
HARI MEMBACA SEDUNIA 2014
18:22
PROGRAM : HARI MEMBACA SEDUNIA 2014
TARIKH : 21 APRIL 2014 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN UTAMA SMK PINAWANTAI KUDAT
STIKER KERETA SMKPI BAGI WARGA SMKPI
17:47
Rasional pelekat kenderaan bagi tujuan mewujudkan satu sistem Kawalan Keselamatan dengan melekatkan pelekat (sticker) nama sekolah di kenderaan masing-masing berikut adalah rekaan pelekat kenderaan yang masih dalam proses cadangan.
Tawaran Baru Pengetua ( NEW DEALS )
17:10
SMK PINAWANTAI KUDAT , 20 Mei 2014 (Selasa) : Seramai 4 orang jemaah Nazir telah datang ke sekolah jam 7.00 pagi tadi bagi menilai Tawaran Baru Pengetua ( New Deals ) untuk tahun 2013.
Kehadiran mereka telah disambut ceria oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Tuan Pengetua, En. Rozlan bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Marasun Mongingkap, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Lamsudi Sarnika dan Penolong Kanan Tingkatan 6 (PRA-U), En. Wellson bin Magusun.
Terlebih dahulu Ketua Jemaah Nazir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Pengetua kerana dicalonkan untuk Tawaran Baru Pengetua bagi Tahun 2013.
Dalam penilaian tersebut, Tuan pengetua telah membentangkan mengenai profil sekolah iaitu tentang akademik, Hal Ehwal Pelajar, Kokurikulum, serta operasi sekolah dan banyak lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)