PERKHEMAHAN KOKURIKULUM KALI 7/ 2014
TARIKH : 20-22 JUN 2014
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM DAERAH KUDAT
TAPAK PERKHEMAHAN
ARAHAN KAWAD KAKI
PERATURAN PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMK PINAWANTAI KUDAT 20-22 JUN 2014
- ·
Semasa perkhemahan,
tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati
antara satu sama lain.
- ·
Peserta Muslim diwajibkan mengerjakan solat
berjemaah pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
- ·
Semua peserta diwajibkan
menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
- ·
Menjaga segala peralatan
yang disediakan, dilarang membawa telefon bimbit serta dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
- ·
Semua pihak yang terlibat
dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang
sampah di merata-rata tempat.
- ·
Dilarang menebang atau
merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
- ·
Tidak dibenarkan memberi
sebarang makanan kepada binatang-binatang.
- ·
Lelaki tidak dibenarkan
masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa
kebenaran.
- ·
Hendaklah sentiasa
berpakaian kemas dan sopan tidak boleh memakai selipar semasa aktiviti perkhemahan.
- ·
Segala bentuk perjudian
dan minuman keras diharamkan sama sekali .Setiap peserta, tidak dibenarkan
berkeliaran di luar khemah masing-masing,selepas jam 11.30 tengah malam.
- · Tidak dibenarkan
memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
- · Peserta yang melanggar
peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa
Keselamatan/Urusetia.
- ·
Tidak dibenarkan membeli
makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
- ·
Tidak dibenarkan keluar
dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
- ·
Penjagaan
diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
- ·
Aktiviti penggunaan air
dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran
dari pihak berkenaan.
- · Penggunaan peralatan
berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
- ·
Tidak dibenarkan
berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
- · Peratura-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan
dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.
SENARAI KEPERLUAN INDIVIDU /
SUKARELAWAN / UNIT BERUNITFORM
1.
Yuran pendaftaran perkhemahan ( RM3 / per orang
).
2. Beras
-Pelajar bawa (4 cupak/ per orang)
3. Telur
-Pelajar bawa (3 biji per orang)
4. Sardin-Pelajar
bawa (1 tin per/ orang)
5. Sayur-Sayuran
(ikut keperluan)
6. Peralatan
Memasak & Makanan / Pinggan/Sudu & Garfu /Gelas/ Besin /Mangkuk /
7. Pakaian
perkhemahan
-
Kasut & Selipar
-
Stokin
-
Baju T-shirt Unit Beruniform / T-Sukan (Secukupnya)
-
Track Bottom
-
Peralatan mandi
8. Peralatan
aktiviti
-Tali rafia (2 gulung setiap unit beruniform)
-Aktiviti malam kebudayaan ( ikut keperluan)
9. Borang
kebenaran ibu bapa perlu serah pada 17 jun 2014 (Selasa)