- AJK PERKHEMAHAN 2014 (klik disini untuk muat turun)
- TENTATIF PERKHEMAHAN (klik disini untuk muat turun)
- KERTAS KERJA PERKHEMAHAN (klik disini untuk muat turun)
- · Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
- · Peserta Muslim diwajibkan mengerjakan solat berjemaah pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
- · Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
- · Menjaga segala peralatan yang disediakan, dilarang membawa telefon bimbit serta dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
- · Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
- · Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
- · Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
- · Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
- · Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sopan tidak boleh memakai selipar semasa aktiviti perkhemahan.
- · Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,selepas jam 11.30 tengah malam.
- · Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
- · Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
- · Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
- · Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
- · Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
- · Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
- · Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
- · Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
- · Peratura-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.